TikTok Malaysia perkasa belia mengundi menerusi kempen #BeliaSediaUndi
KUALA LUMPUR 3 Nov - TikTok hari ini melancarkan kempen #BeliaSediaUndi yang memfokuskan belia untuk mendidik, memperkasa dan melengkapkan pengundi dengan maklumat yang mereka perlukan sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Malaysia akan datang.






