Batik Air sambung semula penerbangan KL ke Da Nang, Vietnam | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Batik Air sambung semula penerbangan KL ke Da Nang, Vietnam

KUALA LUMPUR 3 Nov – Batik Air menyambung semula operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang di Vietnam, mulai 6 Disember 2022.

 

Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang adalah penting pintu masuk ke wilayah tengah Vietnam.

 

Sebagai maklum balas kepada permintaan untuk perjalanan udara, Batik Air menawarkan pengenalan semula tambang istimewa all-in untuk penerbangan Kuala Lumpur - Da Nang dari serendah RM299 sehala Tambang Kelas Ekonomi termasuk elaun bagasi 20 kg. Tiket kini boleh ditempah.

 

Penerbangan OD502 akan berlepas dari KLIA setiap hari pada 9:35 pagi dan tiba di Da Nang pada 11:10 pagi. Masa penerbangan ialah 2 jam 35 minit. Penerbangan pulang OD503 akan berlepas dari Da Nang pada 11:50 pagi dan tiba di KLIA pada 3:40 petang.

Batik Air

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Bin Mustafa Bakri berkata, penyambungan semula penerbangan terus ke Da Nang dari Kuala Lumpur adalah cerminan kukuh usaha berterusan Batik Air untuk mengukuhkan kedudukan serantau syarikat penerbangan ini.

 

"Kami menawarkan sambungan yang lancar melalui KLIA untuk pelancong dari negara seperti Indonesia, India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Thailand, Singapura, Australia dan Malaysia,” kata beliau. - DagangNews.com