| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kerajaan perhalusi langkah bantu pengusaha restoran, saran guna tenaga kerja sambilan - Rafizi

KUALA LUMPUR 27 Jan - Kerajaan sedang memperhalusi beberapa langkah pelaksanaan termasuk potensi menyebarluas model tenaga kerja sambilan dalam sektor makanan dan minuman (F&B) untuk membantu peniaga serta pengusaha restoran menangani kenaikan kos yang ditanggung.

Kerugian bersih Ecofirst meningkat kepada RM4.1 juta pada suku kedua

KUALA LUMPUR 27 Jan – Kerugian bersih Ecofirst Consolidated Bhd. bagi suku kedua berakhir 30 November 2022 melebar kepada RM4.1 juta daripada RM1.89 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. 

 

Hextar catat untung bersih RM4 juta bagi suku kelima FY22

KUALA LUMPUR 27 Jan - Hextar Industries Berhad mencatatkan untung bersih RM4 juta dan hasil disatukan sebanyak RM57.2 juta bagi suku kelima berakhir 30 November 2022 (5QFY22).

 

MATTA Fair 2023 sasar jualan RM400 juta dengan kehadiran 250,000 pengunjung

KUALA LUMPUR 27 Jan - Pameran MATTA 2023 pada Mac ini akan menjadi acara terbesar sejak ia ditubuhkan dan dijangka menjana jualan RM400 juta dengan sasaran 250,000 pengunjung, kata Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

 

HeiTech Padu raih kontrak bernilai RM38.58 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR 27 Jan - HeiTech Padu Berhad meraih kontrak bernilai RM38.58 juta bagi menyediakan perkhidmatan sewaan peralatan ICT. 

 

Petronas jalin dua perjanjian dengan ExxonMobil teruskan projek CCS di Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Jan - Petronas memeterai dua Perjanjian Pembangunan Projek dengan ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (ExxonMobil) untuk meneruskan projek perolehan dan penyimpanan karbon (CCS) di Malaysia.