KUALA LUMPUR 21 Feb - UOB Asset Management (Malaysia) (UOBAM Malaysia) melancarkan dana pelaburan United Closed-End Series - Strategic Recovery Fund (UCSSRF).
KUALA TERENGGANU 21 Feb - Seramai 100,000 pengunjung dijangka hadir di Karnival Beautiful Terengganu Malaysia (KBTM) 2023 yang akan berlangsung di Padang Astaka, daerah Kemaman bermula Khamis hingga Ahad ini.
KUALA LUMPUR 21 Feb - Jumlah wang bernilai berbilion dolar yang dibawa keluar dari negara ini untuk disembunyikan di bank dan akaun luar pesisir oleh pemimpin politik dan kumpulan peniaga, adalah antara yang tertinggi di dunia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR 21 Feb - Perdagangan Malaysia dijangka perlahan tahun ini meskipun mengekalkan momentum peningkatan pada Januari 2023 dengan nilai perdagangan meningkat 1.9% tahun ke tahun kepada RM207.51 bilion.
KUALA LUMPUR 21 Feb - Public Investment Bank (PublicInvestment) menjangkakan keuntungan Matrix Concepts Holdings Berhad terjejas akibat kenaikan harga bahan binaan di luar jangkaan.
KUALA LUMPUR 21 Feb - RHB Investment Research melihat Malaysian Resources Corp. (MRCB) masih memiliki kelebihan dalam bidaan kontrak MRT3, berdasarkan kepada statusnya sebagai salah satu syarikat kontraktor bumiputera terbesar di negara ini.