| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Penjenamaan semula perkukuh kedudukan Malakoff dalam sektor tenaga, peneraju pengurusan sisa

KUALA LUMPUR 31 Mei - Malakoff Corporation Bhd melakukan penjenamaan semulanya bagi mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai pemain global yang kukuh dalam sektor tenaga dan peneraju pengurusan sisa.

 

Guan Chong catat keuntungan operasi sulung sebanyak RM15.4 juta bagi kemudahan di Ivory Coast pada 1QFY23

KUALA LUMPUR 31 Mei - Guan Chong Berhad mencatatkan keuntungan operasi sulung sebanyak RM15.4 juta dengan hasil sebanyak RM144.8 juta daripada kemudahan di Ivory Coast pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 (1QFY23).

 

PLUS uji SmartLane bantu lancarkan trafik di laluan USJ-Seafield Lebuhraya Elite mulai 1 Jun 2023

KUALA LUMPUR 31 Mei - Bagi membantu melancarkan pergerakan trafik di laluan USJ-Seafield terutamanya pada waktu puncak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan mengadakan ujian rintis awam ‘SmartLane’ di laluan terbabit bermula 1 Jun 2023.

HSS Engineers terima kontrak perkhidmatan perundingan bersama Oriental Consultants bernilai RM2.4 juta bagi projek LRT Jakarta Fasa 1B

KUALA LUMPUR 31 Mei - HSS Engineers Berhad (HEB) menerusi anak syarikatnya, HSS Engineering Sdn. Bhd. menerima perjanjian sub-perunding bersama Oriental Consultants Global Co. Ltd bagi menyediakan perkhidmatan perundingan pengurusan projek bernilai RM2.4 juta.

 

Aset rizab rasmi Malaysia cecah AS$114.42 bilion pada akhir April 2023 - BNM

KUALA LUMPUR 31 Mei - Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion (AS$1=RM4.60) manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$601.3 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Pestech catat kerugian bersih RM60.6 juta bagi suku keempat berturut-turut

KUALA LUMPUR 31 Mei - Pestech International Berhad telah mencatat kerugian bersih RM60.6 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023 (3QFY23) berbanding keuntungan bersih RM6.5 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu, kerugian bagi suku keempat berturut-turut.