| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Parkwood Holdings beli empat bidang tanah 12.45 hektar berharga RM27 juta di Rawang

KUALA LUMPUR 1 Nov - Anak syarikat milik penuh Parkwood Holdings Bhd, Parkwood Templers Sdn Bhd menandatangani perjanjian membeli empat bidang tanah pegangan bebas seluas 12.45 hektar di Rawang, Selangor dengan harga RM27 juta.

 

Gamuda peroleh kontrak RM451.4 juta bina pusat data di Cyberjaya 

KUALA LUMPUR 1 Nov - Anak syarikat milik penuh Gamuda Bhd menerima kontrak bernilai RM451.4 juta daripada BCEI Malaysia Sdn Bhd bagi membina pusat data di Cyberjaya.

 

Nafas berantakan, perlembagaan digantung serta-merta oleh Ketua Pengarah

KUALA LUMPUR 1 Nov - Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) digantung berkuat kuasa Jumaat, bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang menjejaskan operasi dan fungsi pertubuhan tersebut.

Ancaman siber kekal tinggi di Malaysia, mungkin didorong banyak pusat data - Kapersky

KUALA LUMPUR 1 Nov - Perkembangan pusat data negara mungkin mendorong kepada ancaman siber yang menyasar pengguna Malaysia yang semakin menhingkat, menurut laporan terbaharu pakar keselamatan siber, Kaspersky.

 

Pemaju Bandaraya Lapangan Terbang Senai jual tanah perindustrian lebih 6 hektar kepada syarikat Taiwan, Chenbro Micom

KUALA LUMPUR 1 Nov - Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB), ahli Kumpulan MMC, menjual kira-kira 6.09 hektar tanah perindustrian yang terletak di Zon Perindustrian Bebas Bandar Lapangan Terbang Senai, Johor kepada Chenbro Micom Co Ltd yang berpangkalan di Taiwan.

 

Program Sarawak-Malaysia My Second Home tetapkan syarat baharu termasuk deposit tetap RM500,000 dalam akaun pemohon

KUCHING 1 Nov - Individu yang mahu memohon program Sarawak-Malaysia My Second Home (S-MM2H) wajib mempunyai deposit tetap sebanyak RM500,000 di bank tempatan di Sarawak bagi setiap permohonan, termasuk untuk pasangan dan tanggungan.