| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Konsortium Gateway Development Alliance kemuka tawaran pengambilalihan kesemua saham MAHB pada harga RM11.00 sesaham

KUALA LUMPUR 15 Nov - Konsortium Gateway Development Alliance yang diterajui syarikat dari Malaysia mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat bagi kesemua saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)  yang masih belum dimiliki dengan harga tawaran RM11.00 sesaham.

Cropmate lancar IPO di Pasaran ACE, sasar kumpul RM52 juta bagi sokong perkembangan operasi

KUALA LUMPUR 15 Nov - Pembuat baja, Cropmate Bhd melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE yang akan mengumpul  RM52 juta, sebagai sebahagian daripada rancangannya bagi pembelian kilang baharu dan menyokong perkembangan operasi. 

 

Penampilan sulung Metro Healthcare di Pasaran ACE catat 25.5 sen, naik hanya 2%

KUALA LUMPUR 15 Nov - Saham Metro Healthcare Bhd membuat penampilang sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 25.5 sen, atau peningkatan kecil sebanyak 2% berbanding tawaran awam permulaannya (IPO) 25 sen seunit.

 

TGV Cinemas, Coway BEREX perkenal pawagam katil dilengkapi tilam pintar dengan fungsi urut

KUALA LUMPUR 15 Nov - TGV Cinemas menetapkan penanda aras baharu dalam landskap hiburan Malaysia, melalui kerjasama strategik dengan Coway BEREX bagi memperkenalkan julung-julung kalinya pawagam katil yang dilengkapi dengan tilam pintar.

 

Harga minyak sawit mentah dijangka cecah RM4,200 setiap tan pada 2025 akibat kekurangan bekalan - PublicInvest

KUALA LUMPUR 15 Nov - Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang dan dianggarkan sebanyak RM4,100 dan RM4,200 setan pada 2024 dan 2025 akibat bekalan minyak sawit kurang,kata PublicInvest. 

 

Lotus Cars Malaysia buka cawangan ketiga di Georgetown, tawar akses lebih mudah kepada pelanggan di utara

GEORGETOWN 15 Nov - Lotus Cars Malaysia membuka cawangan ketiganya di Georgetown, Pulau Pinang Malaysia dan yang pertama di luar Kuala Lumpur untuk mengukuhkan lagi kehadiran jenama tersebut sejak beroperasi di negara ini kira-kira 28 tahun lalu.