| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Mah Sing di landasan tepat capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada FY24, kata RHB Investment

KUALA LUMPUR 2 Dis - Mah Sing Group Bhd berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan RM2.5 bilion pada FY24 apabila jualan hartanahnya bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024 (9MFY24) berada pada paras RM1.85 bilion, kata RHB Investment.

 

Penggantungan lesen pengangkutan anak syarikat Xin Hwa ditarik balik lebih awal pada 12 Januari 2025

KUALA LUMPUR 2 Dis - Penggantungan lesen pengangkutan pengendali kenderaan barangan anak syarikat Xin Hwa Holdings Bhd ditarik balik kira-kira sebulan lebih awal kepada 12 Januari 2025 berikutan kejayaan kumpulan itu dalam proses rayuan.

Tiada rundingan semula kadar air mentah dengan Singapura buat masa ini, kata kementerian

KUALA LUMPUR 2 Dis - Johor dan Putrajaya memutuskan, tiada rundingan semula akan dilakukan berhubung semakan kadar air mentah yang dibekalkan kepada Singapura buat masa ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

 

T7 Global raih kontrak daripada Jadestone Energy, sediakan perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir

KUALA LUMPUR 2 Dis - T7 Global Bhd menerima kontrak daripada Jadestone Energy (Malaysia) Pte. Ltd V bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan luar persisir Pan Malaysia, pembinaan, pengubahsuaian (MCM) dan perkhidmatan hook-up & pentauliahan (HUC) Pakej B3. 

 

Untung bersih Tune Protect melonjak 50.3% kepada RM7.2 juta pada 3QFY24

KUALA LUMPUR 2 Dis - Tune Protect Group Bhd (Tune Protect) mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 50.3% kepada RM7.2 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2024 (3QFY24) berbanding RM48 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

 

Usaha sama Yinson di Vietnam terima kontrak bernilai RM1.8 bilion daripada Murphy Oil

KUALA LUMPUR 2 Dis – PTSC Asia Pacific (PTSC AP), sebuah usaha sama antara Yinson Production yang memegang 49% saham dan PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC) dengan 51% pegangan, menandatangani kontrak untuk penyediaan, penyewaan, operasi dan penyelenggaraan kapal p