| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sekatan eksport cip AS, Affin Hwang ramal pertumbuhan NationGate dan PIE Industrial berpotensi terjejas

KUALA LUMPUR 20 Jan - Pertumbuhan NationGate Holdings Bhd dan PIE Industrial Bhd berpotensi terjejas berikutan keputusan Amerika Syarikat (AS) menigkatkan sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI), kata Affin Hwang Investment Bank Research. 

 

Fajarbaru Builder Group kini dikenali sebagai FBG, syarikat fokus kepada kelestarian dan inovasi

KUALA LUMPUR 20 Jan – Fajarbaru Builder Group Bhd kini secara rasminya dikenali sebagai FBG, sebagai bukti komitmennya terhadap kelestarian dan inovasi dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah.

 

Penswastaan MAHB kian hampir, konsortium GDA turunkan syarat penerimaan pengambilalihan kepada 85%

KUALA LUMPUR 20 Jan - Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) telah mengurangkan syarat penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)  kepada 85% daripada jumlah saham terbitan.

 

Pembayaran dividen AmBank dijangka meningkat disokong oleh nisbah modal ekuiti kukuh - CGSI Interanational 

KUALA LUMPUR 20 Jan - AMMB Holdings Bhd berpotensi untuk menaikkan pembayaran dividen berdasarkan nisbah modal ekuiti biasa Tahap 1 (CET-1) yang sihat, kata CGS International Research. 

 

Southern Score lengkapkan pengambilalihan 51% saham SJEE Engineering, teroka peluang dalam sektor pusat data dan M&E

KUALA LUMPUR 20 Jan - Southern Score Builders Berhad memuktamadkan pengambilalihan 51% saham dalam SJEE Engineering Sdn. Bhd. (SJEE) dengan nilai pertimbangan tunai sebanyak RM23 juta.

 

Usahawan kecil Perak catat kontrak, jualan potensi RM20 juta tahun lalu melalui pameran, ekspo

IPOH 20 Jan - Sebanyak 12 program pameran perdagangan antarabangsa serta jualan dalam dan luar negara telah disertai usahawan Perak sepanjang tahun lalu bagi memperluaskan pasaran produk.