| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sapura Energy dijangka bebas PN17 hanya pada separuh kedua 2026 - UOB Kay Hian

KUALA LUMPUR 3 April - Sapura Energy Berhad mungkin mengambil masa sehingga separuh kedua 2026 paling awal, bagi syarikat yang sarat hutang itu untuk layak bagi pembatalan status Nota Amalan 17 (PN17), menurut UOB Kay Hian (UOBKH) Research.

 

Pelabur asing jual ekuiti RM1.15 bilion, minggu ke-23 berturut-turut di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 3 April - Pelabur asing meneruskan rentak jualan mereka di Bursa Malaysia untuk minggu ke-23 berturut-turut, dengan aliran keluar bersih RM1.15 bilion, turun sedikit daripada RM1.25bil minggu sebelumnya.

 

Kapasiti arang batu baharu mencecah paras terendah 20 tahun pada 2024 - Global Energy Monitor

BANGKOK 3 April (AFP) - Dunia menambah jumlah kapasiti arang batu baharu terkecil dalam dua dekad tahun lepas, kata Global Energy Monitor dalam satu laporan, tetapi penggunaan bahan api fosil masih melonjak di China dan India.

 

Petronas Gas mungkin terjejas sehingga RM25 juta kesan kebakaran Putra Heights, kata MIDF

KUALA LUMPUR 3 April - Insiden kebakaran di Putra Heights pada 1 April 2025 dijangka mengakibatkan kemerosotan nilai sekali sahaja sekurang-kurangnya RM18 juta hingga RM25 juta kepada Petronas Gas Berhad (PetGas), menurut MIDF Research.
 

Eksport Malaysia diramal susut 10% akibat tarif timbal balik Trump 24% - MIDF

KUALA LUMPUR 3 April - Jumlah eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) diramal menyusut 10% selepas Presiden Donald Trump mengumumkan negara ini akan dikenakan tarif timbal balik sebanyak 24%.