Menyumbang nilai, mendayakan komuniti: TNB salur hampir RM3 bilion kepada rakyat melalui pertumbuhan prihatin
KUALA LUMPUR 22 Mei — Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengukuhkan semula komitmennya meningkatkan nilai jangka panjang syarikat melalui pengurusan modal berdisiplin, operasi mantap dan pelaburan berfokus komuniti yang memberi manfaat kepada pemegang saham serta rakyat.






