Persatuan hospital swasta mohon tangguh SST 6% untuk rawatan warga asing
KUALA LUMPUR 11 Jun - Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) memohon Kementerian Kewangan menangguhkan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 6% ke atas perkhidmatan kesihatan swasta untuk warga asing yang dijadualkan bermula 1 Julai ini.






