EcoWorld catat untung bersih RM101.17 juta, jualan cecah RM3.84 bilion dalam 10 bulan
KUALA LUMPUR 18 Sept – Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) mencatatkan prestasi cemerlang bagi suku ketiga berakhir 31 Julai 2025 (3QFY25), apabila untung bersih melonjak 25.8% kepada RM101.17 juta, berbanding RM80.44 juta dalam tempoh sama tahun lalu.




