PETRONAS Gas, Gas Malaysia semak tarif pengangkutan, regasifikasi RP3 bermula 2026
KUALA LUMPUR 29 Dis – PETRONAS Gas Bhd (PGB) dan Gas Malaysia Bhd (GMB) akan melaksanakan semakan tarif pengangkutan gas dan regasifikasi di bawah Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2028 susulan kelulusan kerajaan Malaysia.





