| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Amaun pemberian khas baharu Sabah dinaikkan kepada RM125.6 juta

KUALA LUMPUR 14 April - Amaun pemberian khas baharu kepada negeri Sabah dinaikkan sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022, dan amaun akan terus meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023-2026 mengikut kadar kenaikan yang dipersetujui bersama.

Segerakan proses permohonan mendapatkan pekerja asing - MPN

PUTRAJAYA 14 April - Majlis Pemulihan Negara (MPN) mahu proses kelulusan bagi permohonan mendapatkan pekerja asing, disegerakan bagi menampung keperluan mendesak terhadap tenaga kerja berkenaan.

 

ECRL Terengganu capai kemajuan 27.86 peratus

KUALA TERENGGANU 14 April - Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu, mencapai kemajuan sebanyak 27.86 peratus setakat Mac lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

 

Malaysia perlu seimbangkan permintaan sekuriti tenaga, kebolehcapaian tenaga, kelestarian alam sekitar bagi elakkan krisis tenaga

KUALA LUMPUR 14 April - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menegaskan bahawa Malaysia perlu menyeimbangkan permintaan antara sekuriti tenaga, kebolehcapaian tenaga dan kelestarian alam sekitar bagi mengelakkan krisis yang akan memberi kesan negatif kepada ekonomi.

Perdana Menteri ucap selamat menyambut Tahun Baharu Tamil dan Vaisakhi

KUALA LUMPUR 14 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai Puthandu) kepada masyarakat Tamil dan Vaisakhi kepada masyarakat Sikh yang menyambutnya hari ini.

 

Industri getah negara akan terus berkembang selepas nilai eksport mencecah RM71 juta pada 2021

KUALA LUMPUR 14 April - Industri getah negara berpotensi untuk terus berkembang tahun ini selepas merekodkan nilai eksport meningkat untuk mencecah RM71 bilion tahun lalu.