Pekebun kecil sawit Johor digesa daftar keahlian KPSM - Dr Wee Jeck Seng
PONTIAN 17 Mei - Pekebun kecil sawit di Johor digesa mendaftar keahlian Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) untuk mendapat faedah yang disediakan melalui aktiviti koperasi, menurut Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.






