KUALA LUMPUR 14 Julai - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan prospek masa hadapan sektor hartanah kekal mencabar kesan daripada kenaikan kadar inflasi.
KUALA LUMPUR 14 Julai - Keputusan Indonesia membekukan penghantaran pekerja ke negara ini adalah negatif kepada Malaysia khususnya industri minyak sawit memandangkan kebergantungan sektor tersebut terhadap pekerja dari negara berkenaan, demikian menurut CGS-CIMB Research.
BERA 14 Julai - Sebanyak RM7.6 juta sewaan bulanan yang telah dibayar 2,025 penghuni serta sewaan yang akan dikutip selepas ini dijadikan deposit pembelian kediaman Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SERDANG 14 Julai - Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) boleh menarik nafas lega walaupun sedang menghadapi peperiksaan akhir apabila harga makanan di kampus dapat diturunkan selari dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
KUALA LUMPUR 14 Julai - Atrium Real Estate Investment Trust (REIT) bercadang untuk mengumpul RM85.3 juta melalui penempatan persendirian dan pengeluaran khas unit untuk membiayai inisiatif peningkatan aset (AEI) bagi hartanah perindustrian Atrium Shah Alam 4.
KUALA LUMPUR 14 Julai - Kenanga Research memulakan liputan terhadap Boilermech Holdings Berhad dengan saranan 'outperform' pada harga sasaran (TP) 90 sen sesaham.