| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bajet 2023 : Lebih banyak entiti digesa menyumbang untuk KWAN

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan menggesa lebih banyak entiti menyumbang dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang diwujudkan dengan mandat bagi penjanaan sumber pendapatan berterusan untuk faedah negara serta generasi akan datang.

 

Bajet 2023: Cukai efektif minimum diperkenalkan bagi Malaysia tarik pelaburan asing

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan akan memperkenalkan kadar cukai efektif minimum di peringkat global bagi membolehkan Malaysia meluaskan asas cukai dan menarik pelaburan langsung asing.

 

Bajet 2023: Kredit e-dompet RM100 untuk M40 menerusi inisiatif e-Pemula

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kredit e-dompet sebanyak RM100 akan diberikan kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000 menerusi inisiatif e-Pemula.

 

Bajet 2023 : Kerajaan peruntuk RM2.55 bilion bangunkan kemudahan infrastruktur luar bandar

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.55 bilion melalui Bajet 2023 dengan sasaran memastikan kesejahteraan rakyat luar bandar dan kemudahan infrastruktur akan terus ditambah baik.

 

Bajet 2023 : Diskaun sehingga 20% bagi bayaran balik PTPTN

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan akan menaikkan kadar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menyediakan pinjaman komputer untuk kumpulan M40.

 

Bajet 2023: Insentif penggajian RM600 hingga RM750 sebulan dibayar kepada majikan untuk galak ambil penganggur, OKU bekerja

KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan akan meneruskan Insentif Penggajian di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia yang menganggur daripada golongan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), orang asli, bekas