KUALA LUMPUR 10 Jan - Kelington Group Bhd. menerusi Kelington Technologies Sdn. Bhd. meraih kontrak pembinaan kemudahan pembuatan cip bersepadu bernilai RM170 juta di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya, Kuching.
KUALA LUMPUR 10 Jan - Stok minyak sawit Malaysia turun 4.09% kepada 2.19 juta tan metrik pada Disember tahun lepas daripada 2.29 juta tan metrik yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
KUALA LUMPUR 10 Jan - MIDF Research percaya inisiatif untuk pemulihan pasaran buruh dan pertumbuhan ekonomi domestik akan menjadi antara elemen utama dalam Bajet 2023 akan datang dan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12.
PUTRAJAYA 10 Jan - Bilangan penganggur menurun kepada 600,900 orang pada November 2022 berbanding 602,000 pada Oktober 2022, mengekalkan kadar pengangguran pada paras 3.6%, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).