| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Aneka Jaringan fokus kepada pengembangan perniagaan di Indonesia

KUALA LUMPUR 25 April - Aneka Jaringan Holdings Berhad akan memberi fokus kepada pengembangan kapasiti anak syarikatnya di Indonesia, PT Aneka Jaringan Indonesia dan mendorong usaha niaga tenaga boleh diperbaharui (RE) di negara itu sebagai sumber pendapatan baharu.

 

Eksport minyak, produk sawit Malaysia ke China dijangka melonjak pada 2023 - MPOB

KUALA LUMPUR 25 April - Eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke China dijangka lebih tinggi tahun ini hasil peningkatan kerjasama dalam perdagangan minyak sawit dengan negara tersebut melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, baru-baru ini

Lebtech raih kontrak tebatan hakisan pantai bernilai RM55.3 juta daripada Vista Infinity

KUALA LUMPUR 25 April - Lebtech Berhad menerusi anak syarikat, Lebtech Construction Sdn. Bhd. berjaya meraih kontrak daripada Vista Infinity Development Sdn. Bhd. untuk kerja-kerja pengorekan, penambakan dan perlindungan pantai di Kampung Tanjung Batu Nenasi di Pahang.

AmInvest naikkan unjuran pendapatan boleh agih Pavilion REIT didorong kadar sewaan Pavilion Bukit Jalil

KUALA LUMPUR 25 April - AmInvest Research meningkatkan pendapatan boleh agih Pavilion REIT bagi tahun kewangan 2024 dan 2025 (FY24/FY25) masing-masing sebanyak 7% dan 8% bagi mencerminkan andaian kadar sewaan lebih tinggi untuk Pavilion Bukit Jalil (PBJ).

Rizab antarabangsa BNM cecah AS$115.9 bilion pada 14 April 2023

KUALA LUMPUR 25 April - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.9 bilion pada 14 April 2023.

 

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

PublicInvest unjur perkembangan Autocount dipacu oleh kehadiran perniagaan di pasaran Asia Tenggara

KUALA LUMPUR 25 April - Public Investment Bank Research (PublicInvest) menjangkakan perkembangan Autocount Dotcom Berhad terus dipacu oleh kehadiran perniagaan di Asia Tenggara dengan penyepaduan perisian berkaitan.