PM Anwar sertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia ke-10 di Singapura
KUALA LUMPUR 13 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia ke-10 Milken Institute di Singapura, hari ini yang akan disertai pemimpin-pemimpin industri global dan syarikat-syarikat pelaburan.






