| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Untung bersih teras Gamuda diunjur cecah RM1 bilion pada FY25 - Maybank IB

KUALA LUMPUR 2 Okt - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan untung bersih teras Gamuda Berhad mencapai paras RM1 bilion pada FY25 dan jumlah itu mungkin boleh dicapai lebih awal sekiranya kadar kerja dan margin kejuruteraan dan pembinaan (E&C) meningkat.

Nexea sasar 1,000 peserta sertai Sidang Kemuncak Keusahawanan ke-4 pada 17 Oktober ini

KUALA LUMPUR 2 Okt - Nexea menyasarkan seramai 1,000 peserta, termasuk 500 usahawan teknologi menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Keusahawanan kali ke-4 yang akan berlangsung pada 17 Oktober ini di Menara Affin, TRX.

 

Pembangunan HSR, Zon Ekonomi Johor-Singapura dijangka beri limpahan kepada bank tanah UEM Sunrise di Nusajaya, kata CGS-CIMB

KUALA LUMPUR 2 Okt - CGS-CIMB Research menjangkakan pembangunan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dan Zon Ekonomi Khas (SEZ) antara Johor-Singapura memberi limpahan kepada bank tanah UEM Sunrise Berhad seluas 996 hektar di Gerbang Nusajaya.

 

Pembangunan standard baharu halal Malaysia jadi penanda aras ke persada antarabangsa

KUALA LUMPUR 2 Okt - Pembangunan standard baharu halal Malaysia menjadi penanda aras bahawa industri halal semakin mantap di samping berkembang bukan sahaja di peringkat dalam negara malah ke persada antarabangsa. 

 

Jaya Grocer buka cawangan baharu konsep 'pop-up' di Sunway Pyramid

KUALA LUMPUR 2 Okt - Rangkaian pasar raya terkemuka Jaya Grocer membuka cawangan baharunya berkonsepkan ‘pop-up’ di Sunway Pyramid baru-baru ini untuk memberikan pengalaman serta gambaran awal kepada pelanggan setia dan pengunjung tetap pusat beli-belah tersebut.

 

Unjuran pendapatan Cypark bagi FY24/25 dinaikkan sehingga 12% disokong peningkatan operasi loji WTE – PublicInvest

KUALA LUMPUR 2 Okt - Unjuran pendapatan Cypark Resources Berhad bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2024 dan 2025 (FY24/25) masing-masing dinaikkan sebanyak 8% dan 12% berikutan jangkaan loji sisa kepada tenaga (WTE) mencapai tahap operasi optimum pada Novembe