| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Masato Yoshiie dilantik sebagai Presiden dan CEO Canon Marketing Malaysia baharu

KUALA LUMPUR 2 Jan - Canon Marketing Malaysia mengumumkan beberapa perubahan kepimpinan strategik, berkuat kuasa mulai 2 Januari 2024, yang mana pelantikan itu bertujuan untuk terus memacu pertumbuhan dan mendorong inovasi dalam pasaran di negara ini.

 

LYC Healthcare ambil alih 49% kepentingan rakan kongsi JV pusat berpantang bernilai RM4.5 juta di Johor Bharu

KUALA LUMPUR 2 Jan - LYC Healthcare Bhd mengambil alih 49% kepentingan rakan usahasama (JV) Singapura dalam kemudahan penjagaan pantang 67 bilik di Johor Bharu dengan bayaran tunai RM4.5 juta, yang akan dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM300,000.

Maybank IB unjur Malakoff catat kerugian pada FY23 kesan daripada margin bahan api negatif

KUALA LUMPUR 2 Jan - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengunjurkan Malakoff Corporation Berhad mencatatkan kerugian pada FY23 kesan daripada margin bahan api negatif yang ditanggung kumpulan itu.

 

Lebuhraya WCE laksana kutipan tol di Plaza Tol Assam Jawa mulai 3 Januari 2024

KUALA LUMPUR 2 Jan - Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang beroperasi secara percuma selama 42 hari sebelum ini akan memulakan kutipan tol di Plaza Tol Assam Jawa bermula 3 Januari 2024.

 

MAG lancar laman web, kampus baharu Akademi MAB di Sepang

KUALA LUMPUR 2 Jan - Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan penempatan semula kampus baharu Akademi MAB (MABA) dari Kelana Jaya ke 'South Support Zone' di Sepang, yang mula beroperasi pada 15 Disember 2023. 

 

LTSAS perlu segera dinaik taraf, cadangan bina lapangan terbang baharu di Perak ambil masa panjang

IPOH 2 Jan - Cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di Perak merupakan proses yang rumit dan panjang dengan mengambil masa 10 hingga 15 tahun untuk membangunkan fasiliti tersebut.