| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kadar pengangguran 3.3% pada April 2024, tidak berubah 6 bulan berturut-turut - DOSM 

KUALA LUMPUR 10 Jun - Statistik tenaga buruh di Malaysia bagi April 2024 merekodkan kadar pengangguran 3.3%, kekal buat enam bulan berturut-turut sejak November 2023, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Rizab antarabangsa BNM bertambah kepada AS$113.6 bilion pada 15 Mei 2024

KUALA LUMPUR 10 Jun - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$113.6 bilion pada 31 Mei 2024, berbanding AS$113.3 bilion pada 15 Mei 2024.

 

Yinson, MFF jalin kerjasama teroka projek rumusan berasaskan alam sekitar di Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Jun - Yinson Holdings Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysia Forest Fund (MFF) bagi meneroka projek rumusan berasaskan alam sekitar (NbS) di Malaysia.

 

Pelarasan subsidi minyak dikhuatiri akibatkan perniagaan lain naikkan harga barangan - AmInvestment

KUALA LUMPUR 10 Jun - AmInvestment Bank Research kekal berhati-hati terhadap rancangan kerajaan dalam mengurangkan impak terhadap penyasaran subsidi bahan api kerana sesetengah perniagaan mungkin memilih untuk menaikkan harga barang walaupun tidak terjejas secara langsung oleh pe

SD Guthrie mampu raih peningkatan hasil hingga 10% menerusi ladang solar - Kenanga Research

KUALA LUMPUR 10 Jun -  SD Guthrie diunjurkan mampu meraih peningkatan hasil sebanyak 5% hingga 10% dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun yang akan datang susulan penglibatan dalam perusahaan tenaga boleh diperbaharui (RE).

 

Sektor semikonduktor Malaysia terus berkembang, TA Securities kekal saranan Overweight

KUALA LUMPUR 10 Jun - Sektor semikonduktor Malaysia dijangka terus berkembang disokong oleh pemulihan permintaan global yang dijangka sihat dan peluang penyaluran perdagangan yang semakin meningkat sebagai hasil daripada strategi China Plus One.