| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

NCCIM lantik N Gobalakrishnan sebagai Presiden baharu penggal 2024 hingga 2026

KUALA LUMPUR 30 Julai - Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) melantik Datuk Seri N Gobalakrishnan sebagai presidennya bagi penggal 2024 hingga 2026.

 

Untung bersih Unisem pada 2QFY24 susut 29% kepada RM16.8 juta kesan kos operasi tinggi

KUALA LUMPUR 30 Julai - Untung bersih Unisem (M) Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (2QFY24) susut sebanyak 29% kepada RM16.8 juta berbanding RM24 juta bagi suku sama tahun sebelumnya disebabkan perubahan campuran produk dan kos operasi yang tinggi.

 

Pendapatan pembuat sarung tangan Malaysia diramal kukuh bagi 12 bulan akan datang dipacu peningkatan permintaan

KUALA LUMPUR 30 Jun - Maybank Investment Bank (Maybank IB) meramalkan pendapatan pembuat sarung tangan Malaysia kukuh bagi tempoh 12 bulan akan datang, didorong peningkatan permintaan dan penstabilan purata harga jualan (ASP).

 

Jenayah kewangan libatkan kehilangan RM24.2 juta tunjukkan sistem perlindungan bank tidak mencukupi - SPCAAM

KUALA LUMPUR 30 Julai - Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) menegaskan, kejadian jenayah kewangan melibatkan kehilangan sejumlah RM24.2 juta daripada akaun pelanggan membuktikan sistem perlindungan di bank-bank tidak mencukupi. 

 

Malaysia Airlines terbit dokumentari kulinari sempena penerbangan sulung ke Chiang Mai 15 Ogos 2024

KUALA LUMPUR 30 Julai - Malaysia Airlines dan chef berstatus satu bintang Michelin, Darren Chin menjalinkan kerjasama bagi menerbitkan siri dokumentari mengenai citarasa makanan Chiang Mai.

 

Sentimen pengguna diunjur semakin baik, pengeluar barangan keperluan raih manfaat - PublicInvest

KUALA LUMPUR 30 Julai - Public Investment Bank Research (PublicInvest) menjangkakan sentimen pengguna semakin bertambah baik berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di sebalik tekanan berterusan terhadap perbelanjaan akibat penyasaran subsidi diesel dan petrol yang akan datan