| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Mitrajaya terima kontrak RM38 juta bagi pembinaan bangunan 4 tingkat di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Mitrajaya Holdings Bhd menerusi Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM37.9 juta daripada sebuah syarikat tempatan bagi pembinaan bangunan setinggi empat tingkat dengan satu tingkat tempat letak kereta bawah tanah di Kuala Lumpur. 

Pendapatan Hartalega diramal melonjak pada 1QFY25 didorong peningkatan pesanan jualan - Phillip Capital

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Hartalega Holdings Bhd diramal mencatatkan peningkatan dalam pendapatan pada suku pertama, didorong oleh kadar penggunaan yang lebih tinggi dan peningkatan pesanan jualan.

 

Boustead Properties dan Universiti Malaya pamerkan konsep reka bentuk bandar inovatif untuk segarkan semula Mutiara Damansara

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Boustead Properties Bhd bekerjasama dengan Universiti Malaya (UM) mengadakan pameran "Menyegarkan semula Pusat Daerah Perniagaan Mutiara Damansara" yang diadakan dari 25 hingga 27 Julai di pusat beli-belah The Curve di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Malaysia Airlines lancarkan penerbangan ke Maldives, destinasi ke-13 di Asia Selatan 

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Malaysia Airlines melancarkan penerbangan harian sulungnya dari Kuala Lumpur ke Maldives hari ini, menerusi MH485 Boeing 737-800, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL) pada 10:10 pagi dengan 100% faktor muatan 174 penumpang.

 

Batik Air, syarikat pertama terbangkan pesawat di Subang SkyPark

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Batik Air mengumumkan pelancaran semula operasinya di Subang SkyPark (juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah), dan kini menampilkan armada yang dinaik taraf, Boeing 737.

 

Pemulihan projek berkaitan air diunjur tingkatkan permintaan terhadap produk Engtex, kata CGS International

KUALA LUMPUR 1 Ogos - CGS International mengunjurkan pemulihan semula projek berkaitan air berikutan kenaikan tarif baru-baru ini akan meningkatkan permintaan terhadap produk keluaran Engtex Group Bhd.