UEM Lestra peruntukkan RM1.5 bilion bagi nyahkarbon industri Malaysia
KUALA LUMPUR 14 Ogos - UEM Lestra Bhd, anak syarikat penuh dan sayap industri hijau UEM Group Bhd memperuntukkan RM1.5 bilion untuk dibelanjakan dalam tempoh 24 bulan bagi tujuan pelaburan ke arah nyah karbon atau dekarbonisasi taman industri Malaysia.






