| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

NCER terima pelaburan RM15.26 bilion, cipta 1,700 peluang pekerjaan di Kedah

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menerima pelaburan sebanyak RM15.26 bilion serta menciptakan 1,700 peluang pekerjaan sepanjang tujuh bulan pertama 2024.

 

Hibiscus Petroleum catat untung bersih lebih rendah RM108.7 juta pada 4QFY24

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Hibiscus Petroleum Bhd mencatatkan untung bersih lebih rendah sebanyak RM108.68 juta pada suku keempat berakhir 30 Jun 2024 (4QFY24) berbanding RM123.28 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

 

KPJ Healthcare, MCMC jalin kerjasama angkat taraf MIH Megatrends 2024 sebagai peneraju inovasi penjagaan kesihatan

KUALA LUMPUR 27 Ogos - KPJ Healthcare Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama strategik menjelang penganjuran Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024.

 

Bonanza Educare jalin kerjasama pendidikan dengan universiti Singapura

IPOH 27 Ogos - Kumpulan pendidikan Bonanza Educare Sdn. Bhd. (Bonanza Educare) menjalin kerjasama dengan Singapore University of Social Sciences (SUSS) bagi mempromosi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan.

 

Untung bersih Public Bank pada 2QFY24 meningkat 10% kepada RM1.78 bilion

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Untung bersih Public Bank Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (2QFY24) meningkat sebanyak 10% kepada RM1.78 bilion berbanding RM1.62 bilion dipacu sumbangan lebih baik daripada pendapatan faedah bersih dan pendapatan bukan faedah.

 

Ringgit kekal berisiko menurun, CGS International sasar paras RM4.20 berbanding dolar AS pada akhir 2025

KUALA LUMPUR 27 Ogos -  Ringgit kekal berisiko menurun akibat pergerakannya yang tajam, dan ringgit diunjur mengakhiri tahun ini pada RM4.40 berbanding dolar AS dan meningkat kepada RM4.20 pada akhir 2025, menurut CGS International.