| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AmanahRaya REIT ambil alih aset strategik pendidikan swasta di Glenmarie pada harga RM31.4 juta

KUALA LUMPUR 29 Ogos - AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) mengumumkan pembelian aset pendidikan swasta pada harga RM31.4 juta di Glenmarie, Shah Alam.

 

Kilang Boeing Composites Malaysia di Bukit Kayu Hitam dilancarkan semula, hasilkan komposit bagi pesawat 737 MAX, 787 Dreamliner

KUBANG PASU 29 Ogos - Gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat, Boeing hari ini melancarkan semula kilang pembuatan komponen kapal terbangnya di Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) Bukit Kayu Hitam dekat sini, yang dikenali sebagai Boeing Composites Malaysia (BCM).

 

BoomGrow, CelcomDigi jalin kerjasama strategik sepadukan 5G, lancarkan mesin ladang dijana AI

KUALA LUMPUR 29 Ogos - BoomGrow Productions Sdn Bhd dan CelcomDigi Bhd menjalin kerjasama strategik menyepadukan ketersambungan 5G, kecerdasan buatan (AI) dan realiti lanjutan (XR) dengan kejituan teknologi pertanian.

 

IPO 99 Speed Mart terlebih langganan sebanyak 3.04 kali

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pengendali rangkaian pasar mini terbesar di Malaysia, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd mengumumkan tawaran awam permulaan (IPO) telah terlebih langganan sebanyak 3.04 kali.

 

Allianz Life sediakan perkhidmatan nilai tambah memberi manfaat kepada majikan dan pekerja

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Allianz Life Insurance Malaysia Bhd menyediakan insurans yang komprehensif serta perkhidmatan nilai tambah yang akan memberi manfaat kepada majikan dan pekerja. 

 

Binastra peroleh kontrak RM155 juta daripada Greenearth Landmark bina loji rawatan kumbahan di Sri Hartamas

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Binastra Corporation Bhd menerusi Binastra Builders Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM155.01 juta daripada Greenearth Landmark Sdn Bhd bagi mereka bentuk dan membina loji rawatan kumbahan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.