Al-Salam REIT berpotensi catat peningkatan sewa ketara bermula 2025 didorong pertumbuhan kadar penghunian Komtar JBCC - BIMB Securities
KUALA LUMPUR 13 Jan - Amanah Pelaburan Hartanah Al-Salam (Al-Salam REIT) berpotensi mencatatkan pertumbuhan sewa ketara mulai tahun ini hasil daripada kadar penghunian yang lebih tinggi di hartanahnya paling berharga iaitu Komtar JBCC di Johor Baharu.





