| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Jualan borong, runcit capai jualan RM149.3 bilion pada November 2024, peningkatan 4.7% - DOSM

KUALA LUMPUR 13 Jan - Jumlah jualan sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat sebanyak 4.7% tahun ke tahun untuk mencapai nilai jualan sebanyak RM149.3 bilion pada November 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

KDNK Malaysia diramal kekal stabil pada 5% dipacu oleh perbelanjaan pengguna kukuh - CIMB Securities

KUALA LUMPUR 13 Jan - Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada 2025 sebanyak 5%, selaras dengan sasaran kerajaan sebanyak 4.5% hingga 5.5%, menurut CIMB Securities.

 

TA Securities menilai harga saham Northern Solar yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE pada 98 sen

KUALA LUMPUR 13 Jan - TA Securities memberikan nilai wajar kepada Nothern Solar Holdings Bhd pada 98 sen sesaham.

 

Sarawak labur RM100 bilion dalam projek pembinaan lapangan terbang baharu dan pelabuhan laut dalam di Kuching

KUALA LUMPUR 13 Jan - Sebanyak RM100 bilion akan dilaburkan dalam ekonomi Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang, bagi menyokong dua projek transformasi utama, iaitu pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu dan pelabuhan laut dalam di Kuching.

 

Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah

GOPENG 13 Jan - Gopeng Glamping Park meletakkan kedudukan sebagai salah satu pengendali pelancongan pengembaraan terkemuka apabila menerima pengiktirafan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).