IPO ICT Zone Asia terlebih langganan 1.89 kali menjelang penyenaraian di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR 23 Mei - Syarikat penyedia rumusan pembiayaan teknologi, ICT Zone Asia Bhd mencatat lebihan langganan sebanyak 1.89 kali oleh pelabur awam bagi tawaran awam permulaannya (IPO), menjelang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 3 Jun ini.






