Hanya 73 daripada 467 permohonan projek Infrastruktur Kemudahan Rakyat diluluskan di Sarawak - Kementerian Ekonomi
KUALA LUMPUR 12 Sept – Hanya 73 projek Infrastruktur Kemudahan Rakyat (IKR) di Sarawak berjaya dilaksanakan bagi tempoh Januari 2023 hingga Jun 2025 berbanding jumlah keseluruhan permohonan sebanyak 467 projek.





