Yoodo, Safi lancar promosi khas produk penjagaan kulit dan kad SIM | DagangNews Skip to main content

Yoodo, Safi lancar promosi khas produk penjagaan kulit dan kad SIM

Ia adalah satu kerjasama yang sukar ditolak dan situasi sama menang ini untuk kedua-dua jenama utama Malaysia.

KUALA LUMPUR 9 Mac – Yoodo menjalin kerjasama dengan Safi bagi memperkenalkan promosi khas pembelian RM15 ke atas untuk produk penjagaan kulit Safi akan menerima kad SIM Yoodo secara percuma.

 

Ketua Yoodo,  Chow Tuck Mun berkata, langkah strategik tersebut memberi peluang kepada setiap pelanggan Safi untuk merasai pengalaman penyesuaian dan sentiasa berhubung dengan Yoodo.

 

“Kami kini menawarkan ketersambungan, fleksibiliti dan kepuasan pelanggan kepada segmen populasi yang lebih luas berbanding sebelum ini, seperti mereka merasai sendiri yang terbaik dalam bidang kecantikan Halal.

 

''Ia adalah satu kerjasama yang sukar ditolak dan situasi sama menang ini untuk kedua-dua jenama utama Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Menurut beliau lagi, pengguna baharu Yoodo mempunyai faedah tambahan yang menanti sebaik sahaja mereka menerima kad SIM Yoodo.

 

“Para pengguna yang mengaktifkan talian Yoodo akan menerima 5GB data berkelajuan tinggi dengan percuma.

 

''Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan Yoodo untuk meningkatkan akses kepada ketersambungan di negara ini, untuk memastikan rakyat Malaysia kekal berhubung dengan orang yang tersayang tanpa mengira waktu,” ujarnya.

 

 

Chow Tuck Mun
                                                                                  Chow Tuck Mun

 

 

Menurut wakil Safi, satu daripada etos jenama Safi adalah untuk menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit berkualiti tinggi kepada para pengguna yang diilhamkan dari alam semula jadi dan sains yang disokong oleh Institut Penyelidikan Safi dengan teknologi berevolusi untuk memberikan wanita penjagaan kulit yang terbaik dan moden selaras dengan pegangan agama Islam.

 

Promosi ini boleh didapati di semua cawangan Mydin bermula hari ini dan juga mulai 1 Februari 2022 sehingga 20 April 2022 di semua cawangan Mydin, Econsave dan Guardian, sementara stok masih ada. – DagangNews.com