Versa capai deposit RM500 juta dalam tempoh dua tahun | DagangNews Skip to main content

Versa capai deposit RM500 juta dalam tempoh dua tahun

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Platform pengurusan kekayaan digital, Versa, telah mencecah lebih RM500 juta jumlah deposit yang diurusniagakan dalam tempoh lebih dua tahun beroperasi.

 

Versa, yang merupakan pengendali pasaran yang diiktiraf dengan kelulusan dan lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), mempunyai 100,000 akaun berdaftar setakat ini, dengan 90% daripadanya adalah pengguna berumur bawah 40 tahun.

 

Produk utamanya, Versa Cash menawarkan pulangan kepada pengguna setanding dengan deposit tetap tetapi dengan pengeluaran yang fleksibel pada bila-bila masa.

 

Syarikat itu juga baru-baru ini telah melancarkan Versa Cash-i, dana patuh syariah, yang membolehkan pengguna melakukan pengeluaran pada hari yang sama.

 

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Versa, Richmond Yau syarikat tersebut membayangkan semula keseluruhan pengalaman simpanan dan pelaburan melalui aplikasi mudah alih.

 

“Satu tinjauan baru-baru ini mendedahkan bahawa ramai belia Malaysia bergelut untuk memperuntukkan RM1,000 semasa kecemasan. Secara purata, pengguna kami boleh menjimatkan empat hingga lima kali ganda jumlah itu dengan kami,” katanya.

 

 

Richmond Yau
Richmond Yau

 

 

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi Versa, Nelson Wong berkata syarikat itu memberi tumpuan agar produk mereka dekat di hati generasi akan datang.

 

"Kami memudahkan produk kekayaan yang rumit untuk menjadikannya bersangkut paut dengan generasi akan datang.

 

“Proses pembangunan produk kami mengambil pendekatan berpusatkan pengguna, yang memberikan keseimbangan antara inovasi dan pengalaman aplikasi intuitif,” tambahnya.

 

 

Nelson Wong
Nelson Wong

 

 

Tahun lepas, Versa melengkapkan pusingan pendanaan pra-siri A dengan penyertaan daripada institusi kewangan seperti AHAM Capital, OSK Ventures, HPRY Ventures dan Hibiscus Fund — dana modal teroka oleh RHL Ventures dan konglomerat perkhidmatan kewangan Korea Selatan, KB Investment Co Ltd , sejajar dengan program Dana Penjana Nasional kerajaan Malaysia.

 

Versa sedang menjalankan promosi, menawarkan pulangan pelaburan bersih 4.3% setahun. Aplikasi Versa boleh dimuat turut dari App Store Apple, Gedung Google Play dan AppGallery Huawei.  - DagangNews.com