Usaha Commerce Dot Com dalam integriti dan masyarakat bebas rasuah raih empat anugerah MPRA 2023 | DagangNews Skip to main content

Usaha Commerce Dot Com dalam integriti dan masyarakat bebas rasuah raih empat anugerah MPRA 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 6 Dis - Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) meraih empat anugerah di majlis ‘Malaysia Public Relation Award (MPRA)’ 2023 baru-baru ini, susulan penekanannya terhadap kelestarian melalui tadbir urus yang baik dan ketelusan sebagai nilai-nilai integriti yang penting. 

 

Kempen CDC ‘Sustainable Integrity: Commercedotcom’s Ongoing Efforts to Foster A Corruption Free Society’ memenangi tempat kedua bagi Anugerah Kelestarian.

 

Pasukan Komunikasi Korporat dan Pemasaran di CDC memainkan peranan utama dalam pelbagai usaha mengetengahkan nilai integriti. 

 

Pasukan itu berjaya memenangi tiga anugerah lain termasuk, ‘Crisis Management Award’, ‘Public Sector Award’, dan ‘Employee Communication Award’ pada majlis yang sama. 

 

Anugerah bagi ‘Public Scetor Award’ telah disampaikan oleh Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, kepada Ketua Pegawai Operasi CDC, Abdul Halim Mohamad Yusof. 

 

Pengiktirafan itu menggambarkan tekad kesungguhan CDC terhadap kesejahteraan pekerja dan pihak berkepentingan.

 

Sebagai pelopor dalam landskap perolehan elektronik, CDC memberi penekanan kepada peranan kelestarian melalui tadbir urus yang kukuh dan telus. 

 

 

cdc

 

 

Komitmen syarikat terhadap integriti tidak hanya tertanam pada prinsipnya yang menyeluruh, tetapi juga dalam produk ‘flagship’ syarikat iaitu, ePerolehan (eP). 

 

Platform itu menjamin ketelusan dengan membolehkan transaksi dipantau secara terbuka untuk mengurangi risiko penyelewengan dan rasuah.

 

CDC juga telah mengintegrasikan nilai integriti ke dalam struktur governans secara keseluruhan. Syarikat juga mempunyai pensijilan ISO ABMS, yang jelas mencerminkan komitmennya terhadap standard tadbir urus dalaman yang lebih tinggi. 

 

CDC berpegang teguh kepada pendekatan dan usahanya untuk membentuk landskap yang mana kelestarian, tadbir urus yang baik, dan ketelusan bukan sekadar aspirasi tetapi menjadi komponen penting dalam setiap transaksi.

 

Pendekatan komprehensif CDC terhadap integriti merentasi tenaga kerjanya dan produk yang ditawarkan.  - DagangNews.com