USA Today senaraikan Bukit Bendera sebagai antara 100 destinasi 'perangkap pelancongan' dunia | DagangNews Skip to main content

USA Today senaraikan Bukit Bendera sebagai antara 100 destinasi 'perangkap pelancongan' dunia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Sept - Akhbar harian Amerika Syarikat (AS), USA Today baru-baru ini menyenaraikan Bukit Bendera, Pulau Pinang sebagai antara 100 destinasi 'perangkap pelancongan' di dunia.

 

Menurut USA Today, penerbitan itu menganalisis 23.2 juta ulasan Google mengenai 500 tarikan pelancong paling popular di dunia, merangkumi 65 negara di enam benua.

 

Kemudian ia diikuti dengan soalan, berapa kerapkah ulasan menyebut istilah "perangkap pelancong," "dinilai terlalu tinggi" atau "mahal"?

 

Tarikan kemudian dibandingkan antara satu sama lain dengan mengukur kekerapan relatif sebutan ini, membahagikan bilangan sebutan dalam setiap kes dengan jumlah ulasan untuk tarikan tersebut. 

 

bukit bendera

 

USA Today meletakkan Bukit Bendera di Malaysia sebagai perangkap pelancongan paling teruk di Asia dan juga kesembilan di dunia.

 

bukit bendera

 

Penerbitan itu juga menyenaraikan Bukit Bendera sebagai tarikan ke-64 paling mahal dan tarikan ke-14 dinilai terlalu tinggi di dunia.

 

Tetapi, berdasarkan angka, Bukit Bendera dinamakan perangkap pelancongan paling teruk di Asia berdasarkan hanya 21 sebutan kata kunci "perangkap pelancongan" daripada keseluruhan 3,737 ulasan Google. - DagangNews.com