Untung operasi, sebelum cukai Farm Fresh merosot sebanyak RM4.7 juta dan RM7.1 juta pada 2QFY24 | DagangNews Skip to main content

Untung operasi, sebelum cukai Farm Fresh merosot sebanyak RM4.7 juta dan RM7.1 juta pada 2QFY24

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Nov - Keuntungan operasi dan sebelum cukai Farm Fresh Berhad masing-masing merosot sebanyak RM4.7 juta dan RM7.1 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2023 (2QFY24).

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, ia juga disebabkan perbelanjaan pemasaran yang lebih tinggi untuk pelancaran produk baharu, kos kewangan yang lebih tinggi, kerugian nilai saksama pada penilaian aset biologi sebanyak RM900,000 juta dalam tempoh semasa berbanding untung nilai saksama sebanyak RM400,000 bagi tempoh sama.

 

Selain itu mereka berdepan yuran profesional berkaitan penagmbilalihan Inside Scoop bagi tempoh semasa.

 

Dalam perkembangan semasa, hasil kumpulan itu meningkat kepada RM198.3 juta pada 2QFY24 mewakili peningkatan 22.3% daripada RM162.2 juta pada suku sama tahun lalu.

 

Peningkatan hasil itu hadir daripada saluran pengedaran hotel, restoran dan kafe (HORECA), jualan UHT yang lebih tinggi, jualan daripada produk baharu serta sumbangan hasil daripada Inside Scoop.

 

"Suku berkenaan menghasilkan lonjakan besar dalam keuntungan disebabkan oleh pengurangan kos bahan mentah tenusu, meningkatkan margin daripada operasi Australia dan sumbangan daripada Inside Scoop.

 

"Keuntungan sebelum cukai dan untung bersihnya meningkat sebanyak 144% dan 133.4% masing-masing kepada RM14.3 juta dan RM13.1 juta pada suku berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee berkata, hasil dan margin keuntungan lebih baik itu didorong kos input lebih rendah.

 

"Kami merangka lebih banyak pendekatan baharu termasuk pelancaran aiskrim barangan pengguna (CPG), kemasukan kami ke dalam pasaran Filipina dan susu tumbesaran kami yang dilancarkan baru-baru ini dalam format serbuk, diperbuat daripada tenusu asli tulen tanpa tambahan gula dan diperkaya dengan BB-12 Probiotik," katanya.

 

Beliau berkata, baru-baru ini pihaknya melengkapkan pengambilalihan 70% kepentingan dalam Sin Wah Ice Cream Sdn Bhd. 

 

Katanya, selain daripada memperoleh perniagaan aiskrim yang menguntungkan dengan jenama 'aiskrim potong', pengambilalihan itu memberikan pihaknya akses segera kepada lebih 6,000 titik pengedaran dan keupayaan logistik untuk memudahkan pengedaran aiskrim mereka.- DagangNews.com