Untung bersih HIL Industries naik 7.4% kepada RM6.67 juta dipacu oleh segmen pembuatan | DagangNews Skip to main content

Untung bersih HIL Industries naik 7.4% kepada RM6.67 juta dipacu oleh segmen pembuatan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Mei - HIL Industries Berhad mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 7.4% kepada RM6.67 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berbanding RM6.21 juta tahun lalu didorong permintaan tinggi bagi komponen alat ganti automotif.

 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, pendapatan mereka juga meningkat 14% kepada RM39.44 juta berbanding RM34.68 juta disokong oleh bahagian pembuatannya.

 

Pelanggan utama HIL Industries adalah termasuk Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Toyota Motor Corp and Honda Motor Co. Ltd.

 

Kumpulan itu juga turut menyediakan perkhidmatan kepada syarikat multinasional dalam segemen elektronik, telekomunikasi dan teknologi maklumat.

 

Pengarah Urusan HIL, Datuk Milton Ng berkata, ketiadaan cukai jualan bagi segmen autonotik di bawah skim Penaja terus memainkan peranan penting dalam meningkatkan perniagaan pembuatan kumpulan.

 

"Dari segi bekalan, berdsarkan laporan industri, kekurangan bekalan cip bagi kenderaan dalam segmen-C dan segmen-D yang menguasai peratusan pasaran yang lebih kecil berbanding dengan segmen A dan B.

 

"Tidak semua kenderaan segmen A dan B menggunakan cip, jadi keadaan itu akan menjadi seimbang," katanya.

 

Mengulas mengenai prospek masa hadapan, Milton berkata, kumpulan itu akan terus mengukuhkan kehadiran mereka dalam sektor pembuatan dan pembangunan hartanah selain mengukuhkan kedudukan kuci kira-kira dalam usaha mendepani ketidakstailan ekonomi global.

 

"Kami berjaya menjamin perniagaan tambahan daripada pelanggan sedia ada dan kami menjangkakan untuk mengembangkan perniagaan kami dengan melancarkan beberapa model perniagaan baharu dalam beberapa bulan akan datang," katanya. - DagangNews.com