Untung bersih CTOS bagi 6MFY24 meningkat kepada RM46 juta didorong hasil lebih tinggi | DagangNews Skip to main content

Untung bersih CTOS bagi 6MFY24 meningkat kepada RM46 juta didorong hasil lebih tinggi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Untung bersih CTOS Digital Bhd bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2024 (6MFY24) meningkat kepada RM46 juta berbanding RM37.7 juta bagi suku sama tahun sebelumnya didorong hasil yang lebih tinggi.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, bagi tempoh berkenaan, hasil mereka juga meningkat kepada RM148.2 juta berbanding RM1221.8 juta pada 6MFY23.

 

Katanya, keuntungan daripada segmen operasi Malaysia meningkat 8.5% kepada RM51.3 juta bagi tempoh berkenaan berbanding RM47.2 juta setahun lalu, dipacu peningkatan 6.5% dalam hasil.

 

"Hasil meningkat daripada semua kumpulan pelanggan (termasuk akaun utama, komersial dan terus-kepada-pengguna) dengan jualan yang lebih tinggi bagi Laporan Sistem Data CTOS dan perkhidmatan semakan dan analisis portfolio yang komprehensif.

 

"Operasi antarabangsa, yang terdiri daripada perniagaan skor kredit data alternatif yang baru diperoleh di Indonesia dan Filipina, menyumbang hasil sebanyak RM18.4 juta dan keuntungan segmen RM1.5 juta untuk tempoh semasa," katanya.

 

Sementara itu, untung bersih bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (2QFY24) juga mencatatkan peningkatan kepada RM25.5 juta berbanding RM21.1 juta pada tahun sebelumnya disokong hasil sebanyak RM76.6 juta pada 2QFY23.

 

Mengulas menenai prospek, kumpulan itu positif terhadap pertumbuhan jangka pendek dan sederhana, yang akan didorong oleh pengembangan strategik serta prestasi operasi yang cekap merentas semua segmen perniagaannya.

 

Katanya, segmen akaun utama, mereka meramalkan penggunaan rumusan digital termaju dan alat analisis yang akan terus disokong oleh pengembangan organik yang mantap dalam perniagaan teras segmen. 

 

"Segmen komersial ditetapkan untuk menguasai bahagian pasaran selanjutnya daripada pengaktifan akaun dalam julat segmen pasaran yang lebih luas.

 

"Ia disebabkan oleh peningkatan pergantungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada alat berkaitan kredit, yang memudahkan penerimaan pelanggan yang lebih cepat, semakan kredit yang cekap dan pengurusan risiko kredit yang lebih mantap," katanya. - DagangNews.com