Universiti Malaya, Huawei lancar Makmal Akademi ICT perkukuh ekosistem bakat digital Malaysia | DagangNews Skip to main content

Universiti Malaya, Huawei lancar Makmal Akademi ICT perkukuh ekosistem bakat digital Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Mac - Universiti Malaya dan Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd melancarkan pembukaan Makmal Akademi ICT yang terletak di Fakulti Kejuruteraan UM, bertujuan mengukuhkan ekosistem bakat digital di negara ini.

 

Penubuhan makmal itu juga merupakan sebahagian daripada usaha Huawei Malaysia bagi memupuk kumpulan bakat ICT yang kaya selaras dengan mempercepatkan matlamat transformasi digital.

 

Timbalan Dekan (Penciptaan Nilai & Perusahaan) Fakulti Kejuruteraan UM, Prof Dr Tan Chou Yong berkata, ia satu langkah ke hadapan dalam mempromosikan pemahaman lebih mendalam tentang ICT melalui latihan teknologi, meningkatkan minat dan mengembangkan bakat dengan kemahiran praktikal untuk pelajar.

 

Beliau berkata, kerjasama UM dan Huawei sudah pasti akan memberi manfaat besar kepada ahli fakulti UM. 

 

"Kami dapat mengembangkan pangkalan pengetahuan kami untuk menyertakan beberapa kemahiran yang paling diminati dalam era perubahan digital hari ini dan berkongsi dengan penerima terbesar kerjasama ini, pelajar UM. 

 

"Kami berharap makmal akademi ICT ini akan membolehkan kami melatih pelajar kami dan mengubah lelaki dan wanita muda ini menjadi profesional sedia ICT," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Pengarah Urusan Huawei Enterprise Malaysia, David Li pula berkata, pihaknya optimis Makmal Akademi ICT adalah satu langkah yang betul untuk kerjasama industri dan akademik ke arah memupuk bakat yang tepat untuk menerima serta menakluki masa depan.

 

Katanya, beberapa tahun kebelakangan ini telah memberi tumpuan kepada kepentingan ICT dalam meningkatkan daya tahan digital dan mencetuskan pemulihan ekonomi. 

 

"Walaupun latihan menyediakan asas, aplikasi adalah sama penting dan dengan makmal ini, pelajar akan dapat menggunakan pengetahuan mereka secara langsung kepada situasi masa nyata.

 

Tambahnya, beliau berharap makmal itu akan sebagai hab untuk pembangunan teknologi, yang membantu memperkasakan universiti dan pelajarnya dengan teknologi inovatif yang betul.

 

Makmal Akademi ICT berfungsi melatih pelajar dalam persekitaran dunia sebenar menggunakan penyelesaian bilik darjah pintar Huawei serta menyokong program kejuruteraan UM dengan menggunakan penyelesaian infrastruktur dan keselamatan digital termaju Huawei serta bilik darjah pintar dan infrastruktur desktop maya. 

 

Kerjasama itu juga akan melihat penyediaan latihan oleh Akademi ICT Huawei yang akan memberi tumpuan kepada latihan jurulatih dan pelajar yang disertakan dengan pensijilan Huawei yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. - DagangNews.com