Unit LYC Healthcare serah dokumen tawaran awal kepada bursa saham Singapura | DagangNews Skip to main content

Unit LYC Healthcare serah dokumen tawaran awal kepada bursa saham Singapura

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 29 Mac - Unit LYC Healthcare Berhad, LYC Medicare Singapore Limited telah menyerahkan dokumen tawaran awal kepada bursa saham Singapura, Singapore Exchange Limited (SGX).

 

Langkah penting ini, yang disokong oleh Evolve Capital Advisory Private Limited sebagai penaja, menandakan peristiwa penting dalam trajektori pengembangan dan pertumbuhan strategik penyedia perkhidmatan penjagaan ibu dan kanak-kanak itu.

 

Inisiatif untuk mengemukakan dokumen tawaran tersebut untuk disenaraikan di Papan Catalist SGX menekankan kecekapan kumpulan dalam memperluaskan kecemerlangan penjagaan kesihatannya melangkaui sempadan Malaysia, khususnya ke dalam pasaran penjagaan kesihatan Singapura yang rancak, kata LYC Healthcare dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Kumpulan itu menjangkakan inisiatif strategik tersebut akan menyokong pertumbuhan dan rancangan pengembangan selanjutnya, meningkatkan kecairan dan akses kepada pasaran modal. 

 

Selain itu, ia dijangka meningkatkan kehadiran jenama LYC Healthcare di Singapura, memupuk kesedaran yang lebih besar dalam kalangan pengguna dan pelabur.

 

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LYC Healthcare, Sui Dong Hoe  menekankan bahawa penyerahan dokumen tawaran itu sejajar dengan visi kumpulan untuk mengukuhkan jenama di Asia Tenggara dalam landskap penjagaan kesihatan. 

 

“Kami yakin ia akan memperkayakan kehadiran pasaran kami di Singapura dan mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang unggul di seluruh rantau ini,” tambahnya,

 

Harga saham LYC Healthcare ditutup kekal pada 18.5 sen dengan permodalan pasaran bernilai RM128.1 juta. - DagangNews.com