KUALA LUMPUR 9 Jun - UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan peningkatan jualan keseluruhan sebanyak 8% kepada 39,990 unit bagi Mei 2023 berbanding 36,972 unit yang didaftarkan setakat Mei 2022.
Bulan lepas, jenama kenderaan itu mencatatkan jualan sebanyak 7875 unit kenderaan Toyota dan 129 unit untuk Lexus.
Pada bulan tersebut juga merekodkan sebanyak 8,004 unit terjual (Toyota + Lexus), berbanding 6,767 unit (Toyota + Lexus) direkodkan pada April 2023.
Selain itu, UMWT mengambil pendekatan proaktif dalam menyediakan rumusan pengangkutan karbon rendah yang memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia.
UMWT membawa masuk sampel unit kenderaan elektrik (EV) Toyota bZ4X untuk dikendalikan melalui penyelidikan pasaran dan penilaian teknikal mengenai keadaan jalan raya tempatan.
Langkah ini sejajar dengan strategi Toyota, yang bertujuan untuk mencapai neutraliti karbon dengan menawarkan rangkaian termasuk bateri kenderaan elektrik bateri, kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV), dan kenderaan elektrik hibrid (HEV).
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K, pihaknya mempunyai strategi ke arah neutraliti karbon dan ini terbukti melalui rangkaian kuasa hijau, yang mana setiap satu dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan.

"Kami percaya HEV adalah yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia, memandangkan sumber bahan api penjanaan elektrik kami dan ketersediaan infrastruktur pengecasan di luar pusat bandar di pantai barat Semenanjung Malaysia.
"Kami akan menambah lebih banyak model HEV pada 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan lain, berikutan debut globalnya pada Jun tahun lalu, Lexus RX generasi kelima telah dilancarkan pada Mei.

Lexus RX ditawarkan dalam varian RX 350 Luxury, berharga RM468,888 (harga atas jalan tanpa insurans).
Selain itu, UMWT menyediakan perkhidmatan yang luar biasa melalui Toyota Extra Mile dalam promosi pada bulan ini.
Pelanggan boleh menikmati promosi bernilai sehingga RM8,000, dengan Toyota Corolla ditawarkan pada ansuran bulanan mampu milik bermula daripada RM1,108, manakala Vios serba baharu menyediakan ansuran mesra bajet bermula dari hanya RM688.
Untuk maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682). - DagangNews.com








