Tunku Yaacob Khyra tingkatkan pegangan dalam KNM Group kepada 11.75 peratus | DagangNews Skip to main content

Tunku Yaacob Khyra tingkatkan pegangan dalam KNM Group kepada 11.75 peratus

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Feb - Pengerusi KNM Group Bhd, Tunku Datuk Yaacob Khyra telah meningkatkan pegangannya dalam kumpulan itu kepada 11.75%.

 

Kumpulan itu dalam satu maluman kepada Bursa Malaysia berkata, perkara itu berlaku selepas MAA Group Bhd memperoleh 2.25% kepentingan dalam KNM Group pada harga RM15.04 juta.

 

"Beliau kini memiliki pegangan sebanyak 11.75% dalam KNM, bersamaan 475.2 juta saham," katanya.

 

Tindakan itu dibuat sebulan selepas KNM menafikan serbuan polis dilakukan ke atas premisnya, dengan menyatakan polis berada di premis setiausaha syarikat dan pendaftar saham untuk mengumpul dokumen tertentu bagi membantu siasatan yang tidak didedahkan.

 

Pada Oktober 2023, Tunku Yaacob dan lembaga pengarah semasanya berjaya menggagalkan percubaan pelabur bilionair Andreas Heeschen dan lapan pemegang saham lain untuk menyingkirkan mereka.

 

Syarikat Nota Amalan 17 (PN17) mempunyai masa sehingga 30 April 2024 untuk menyerahkan pelan penyusunan kewangannya.

 

KNM diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 pada 31 Oktober 2022, berikutan kemungkiran pada bon Thailand bernilai 2.78 bilion baht. - DagangNews.com