KUALA LUMPUR 29 Nov - Traveloka Malaysia menutup tirai tahun 2023 dan menyambut kedatangan tahun baharu dengan kempen jualan akhir tahun yang menawarkan diskaun perjalanan dalam dan luar talian melebihi RM1,800, mulai 29 November hingga 3 Januari 2024.
Selain itu, terdapat juga hadiah percuma percutian dalam bentuk tiket penerbangan ke Taipei, Boracay dan Pulau Pinang serta penginapan di hotel terkemuka seperti The George di George Town, Pulau Pinang, dan promosi dari jenama terkenal dunia seperti muzium lilin Madame Tussauds.
Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan Traveloka, Iko Putera berkata, percutian menyatukan keluarga, dan pihaknya mahu mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan membolehkan mereka merancang dan melancong ke destinasi tempatan dan antarabangsa secara mudah.
"Diskaun dan ganjaran jualan akhir tahun adalah peluang terbaik untuk mereka berbuat demikian, dan kami tidak sabar untuk menghantar mereka ke percutian dengan senyuman yang lebar.
"Kami mengetengahkan jualan akhir tahun untuk bukan sahaja mempromosikan pelancongan sebagai cara menarik untuk mengingati dan melihat tempat baharu.
"Ia juga bagi bertemu kenalan baharu dan mencungkil pengalaman baharu, tetapi sebagai salah satu cara untuk menzahirkan penghargaan kami kepada pelanggan atas sokongan mereka selama ini," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Selain promosi dalam talian, Traveloka turut menerima permintaan tinggi pelanggan dengan membuka reruai di Pusat Beli-belah 1 Utama dari 29 November hingga 3 Disember ini.

Traveloka akan membantu pelanggan merealisasikan aspirasi percutian mereka dengan menawarkan kupon eksklusif dan peluang untuk memenangi hadiah percutian percuma kepada pelanggan dalam bentuk tiket penerbangan dan penginapan hotel.
Pelanggan bakal berpeluang untuk terbang dengan tiket penerbangan pergi balik ke Taipei bersama Batik Air dan Starlux Airlines, ke Pulau Pinang bersama Batik Air, dan ke Boracay bersama Philippine Airlines.
Penginapan hotel yang bakal diberikan termasuk pakej tiga hari dua malam di Lexis Hibiscus Port Dickson atau Wings oleh Croske Resort Langkawi, dan dua hari satu malam di The George Penang oleh The Crest Collection.
Traveloka sentiasa komited untuk menyediakan pelanggan pengalaman perjalanan bertaraf dunia melalui rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas.
Jualan akhir tahun disertakan dengan tambahan diskaun dan tawaran murah, menjadikannya acara yang hebat yang tidak patut dilepaskan rakyat Malaysia. - DagangNews.com








