Tracey Star sasar buka lima cawangan di Lembah Klang tahun 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tracey Star sasar buka lima cawangan di Lembah Klang tahun 2023

KUALA LUMPUR 1 Nov - Tracey Star Sdn  Bhd (Tracey Star), menjangkakan perkembangan positif bagi menjadikan jenama itu lebih dikenali dan dicapai oleh  semua pelanggan pada tahun 2023.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Tracey Star, Johnson Tan Chong Seng berkata, jenama itu telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai jenama fesyen pertama di Malaysia yang menjual koleksi melalui mesin layan diri.  

 

“Pendekatan jualan inovatif ini mencerminkan kreativitidan keperibadian pasukan yang berusaha mencari cara baru untuk menarik dan mengekalkan pelanggan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Urban, City Tote dan Mini Tote, baru-baru ini.

 

 

tracey
Johnson Tan Chong Seng meraikan pencapaian jenama Tracey bersama Natalie Cheng, Pengarah Parkson Corporation Sdn Bhd; Adeline, Pengurus Besar Parkson; T.T. Lim, Pengurus Besar Jualan Parkson Corporation dan Cik Ai Ping, Ketua Pegawai Operasi Tracey Star.

 


Tambahnya,  peruncitan  menerusi  platform  dalam  talian seperti  Lazada,  Shopee  dan  Zalora, Tracey turut dijual secara eksklusif menerusi 33 gedung serbaneka Parkson di seluruh negara. 

 

"Tracey Star  menyasarkan  untuk  membuka  lima  cawangan  pada  2023 di sekitar Lembah Klang dan kami berada di atas landasan yang tepat untuk menjadikan visi perniagaan ini sebagai kenyataan," jelas Johnson Tan.

 

Jelasnya, koleksi beg tangan Tracey didatangkan dalam pelbagai saiz, bersesuaian dengan golongan wanita muda moden yang ingin membuat pernyataan fesyen melalui pemilihan pakaian dan memadankannya dengan aksesori pakaian yang praktikal.

 

“Sesuatu yang cukup menarik juga, sebagai jenama yang menumpukan perhatian kepada pembahagian untuk menyediakan fungsi, Tracey telah dianugerahkan Malaysian Book of Records untuk jenama yang mempunyai petak terbanyak iaitu 21 dalam satu unit,” katanya.

 

“Seperti slogan Tracey 'TAKE IT WITH YOU', kami mahu jenama ini menjadi rakan kegemaran dan praktikal kepada setiap pelanggan pada bila-bila masa,” kata Johnson Tan.
 

Tracey Star Sdn Bhd (Tracey Star) adalah sebuah syarikat anak tempatan di sebalik jenama barangan kulit wanita  'Tracey' yang bermula kira-kira 14 tahun lalu dan jenama beg tangan kulit Tracey bermula empat tahun lalu. 

 

Sejak itu, Tracey terus membina portfolio pihak pemegang taruh tempatan yang mengagumkan, memberikan kemampuan dan fungsi dalam menterjemahkan fesyen mereka. - DagangNews.com