Tomypak lantik Lee Kwee Heng sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa 1 Feb 2023 | DagangNews Skip to main content

Tomypak lantik Lee Kwee Heng sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa 1 Feb 2023

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 30 Jan - Tomypak Holdings Bhd menaikkan pangkat ketua pegawai operasi (COO), Lee Kwee Heng sebagai pengarah urusan baharunya berikutan peletakan jawatan pengarah eksekutif Tan See Yin.

 

Firma pembungkusan itu juga mengumumkan pelantikan Lim Bee Leong sebagai pengarah bebas bukan eksekutif.

 

Semua perubahan lembaga pengarah ini berkuat kuasa pada 1 Februari 2023, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia semalam. 

 

See Yin, 66, meletak jawatan untuk memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai pengarah eksekutif dalam kewangan syarikat untuk anak syarikat Tomypak Flexible Packaging Sdn Bhd (TFP).

 

Kwee Heng menyertai kumpulan itu pada Mac 2021 sebagai pengarah jualan dan pemasaran di TFP sebelum dinaikkan pangkat sebagai COO tahun lepas.

 

“Beliau adalah pemacu utama untuk melaksanakan pelan kesinambungan perniagaan selepas insiden kebakaran besar di Senai pada Disember 2021 hingga hari ini,” kata kumpulan itu.

 

Sebelum Tomypak, Kwee Heng ialah pengarah jualan serantau di IBM Asia Pasifik.

 

Pemegang saham terbesar Tomypak termasuk pengerusi bukan eksekutif Yong Kwet On dengan kepentingan 23% diikuti Lim Hun Swee (21%) dan mendiang Tun Arshad Ayub (7.6%).

 

Pada suku pertama berakhir 30 September 2022 (suku pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023-FY23), kumpulan tersebut mengurangkan kerugian suku ke suku (qoq) sebanyak 22.67% kepada RM6.82 juta, daripada RM8.82 juta pada suku keempat FY22.

 

Ini berikutan peningkatan hasil sebanyak 63.82% qoq kepada RM18.61 juta, jumlah tertinggi sejak kejadian kebakaran iaitu daripada RM11.36 juta. – DagangNews.com