Dalam era di mana ekosistem digital sedang mengubah landskap industri, Kumpulan Tune Protect Berhad mengambil langkah berani untuk mentakrifkan semula makna insurans bagi perniagaan dan pengguna.
Visi Kumpulan Tune Protect Berhad melangkaui perlindungan tradisional, dengan memberi fokus kepada pembinaan ekosistem bersepadu yang akan memudahkan urusan insurans, pada masa yang sama memperkasa rakan kongsi di seluruh rantaian nilai.
“Di Tune Protect, kami berkhidmat untuk dua kumpulan pelanggan yang sama penting, iaitu rakan niaga dan orang perantaran, serta pengguna akhir produk dan perkhidmatan kami.
Bagi rakan kongsi, pengalaman pelanggan bermaksud mempunyai penyedia penyelesaian sehenti yang dipercayai, yang dapat menyokong mereka sepanjang perjalanan daripada penilaian risiko sehinggalah integrasi teknologi, seterusnya memperkasakan mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih cekap.
Bagi pengguna akhir, pengalaman ini berkaitan dengan mengurangkan kerumitan. meningkatkan kebolehcapaian, serta memberikan kejelasan dan kemudahan dari segala segi,” kata How Kim Lian, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect Berhad.
Rakan Kongsi Sehenti bagi Ekosistem
Dengan operasi merangkumi 34 negara dan terus berkembang, Tune Protect telah membina kehadiran global yang kukuh melalui kepakaran dalam penilaian risiko juga insurans semula, yang disokong oleh penyelesaian teknologi proprietari serta rangkaian pengedaran yang luas.
Gabungan ini telah membolehkan Kumpulan Tune Protect melangkaui peranan tradisional sebagai sebuah syarikat insurans dan muncul sebagai penyedia penyelesaian sehenti merentasi pelbagai industri.
Melalui integrasi API tunggal dan lebih daripada 8,000 variasi produk, rakan kongsi dapat mengaktifkan penyelesaian insurans secara lancar di seluruh pasaran sambil menyesuaikannya mengikut keperluan tempatan.
Pendekatan ini bukan sahaja mempercepat kelajuan menuju pasaran dan meningkatkan keberkesanan operasi, tetapi juga memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik.
Pada masa yang sama, pendekatan ini memperkasa rakan kongsi untuk berkembang melangkaui insurans tradisional dengan menawarkan produk dan perkhidmatan tambahan yang melengkapkan perlindungan utama, memperkaya pengalaman pelanggan serta membuka peluang pendapatan tambahan.
“Kekuatan kami terletak pada kemampuan untuk menyepadukan semuanya di bawah satu bumbung – insurans, insurans semula dan teknologi,” tambah How.
“Ini memberikan kami fleksibiliti untuk bertindak sebagai syarikat insurans, pemudah teknologi, pengedar dan penyepadu penyelesaian sekaligus, yang menggambarkan dengan sempurna cara Tune Protect menggabungkan kemampuan untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi rakan kongsi dan pelanggan.”

Hari ini, Kumpulan Tune Protect Berhad bekerjasama dengan 57 rakan kongsi insurans, 80 rakan kongsi afiniti, dan 2,000 perantara di peringkat global. Rangkaian ini merangkumi rakan penerbangan utama seperti AirAsia, VietJet Air, AirArabia, SalamAir dan FlyJinnah, serta platform pelancongan dalam talian seperti Klook, Booking.com, and Trip.com, sekali gus mengukuhkan kehadiran Tune Protect di pasaran baharu dan pasaran yang sudah matang.
Selain itu, Tune Protect telah menambah 380 ejen pelancongan di Malaysia, menjadikan rangkaian egensi pelancongan Tune Protect di peringkat global berkembang melebihi 1,500 rakan setakat ini.
Memperluas Nilai Bukan Sekadar Insurans
Kerjasama Tune Protect melangkaui insurans konvensional dengan meneroka perkhidmatan gaya hidup dan produk sampingan yang meningkatkan pengalaman harian. Kolaborasi dengan penyedia dalam ekosistem yang lebih luas, merangkumi perkhidmatan seperti akses ke bilik istirahat lapangan terbang, penjejakan bagasi, perlindungan peranti, serta sokongan kesihatan dan kesejahteraan, telah membolehkan syarikat menawarkan penyelesaian bernilai tambah yang melengkapkan gaya hidup moden.
Usaha sama ini meningkatkan kemudahan dan ketenangan fikiran bagi pelanggan, sambil meletakkan Tune Protect sebagai syarikat insurans berwawasan ke hadapan yang mentakrifkan semula konsep perlindungan, menjadikan detik harian lebih bermakna dan luar biasa.
“Kerjasama ini mewujudkan situasi menang-menang untuk kami, rakan kongsi dan pelanggan akhir,” jelas How. “Rakan kongsi memperoleh aliran pendapatan baharu dan penglibatan pelanggan yang lebih kukuh, manakala pelanggan menikmati keselesaan tambahan serta faedah yang melangkaui insurans tradisional.”
Bahagian Insurtech syarikat yang semakin berkembang turut membuka peluang baharu untuk menjana pendapatan melalui penyepaduan API bagi rakan kongsi yang memerlukan keupayaan pengedaran digital.
Ini mengukuhkan kedudukan Tune Protect sebagai pemangkin dalam ekosistem kerjasama, mendayakan rakan kongsi menumpukan pada perniagaan teras mereka sementara Kumpulan Tune Protect Berhad menguruskan penyepaduan teknologi dan insurans serta keperluan kawal selia di belakang tabir.

Memudahkan Perlindungan untuk Pelanggan
Bagi pengguna akhir, Tune Protect telah banyak melabur dalam inovasi digital untuk menjadikan insurans lebih mudah, pantas dan telus. Portal One-Claim, kini tersedia di lebih 10 buah negara di Asia Tenggara dan Timur Tengah, membolehkan pelanggan menguruskan polisi, mengemukakan tuntutan dan menjejaki status tuntutan secara masa nyata melalui satu platform yang mudah.
Syarikat ini juga telah memperkenalkan ciri tuntutan masa nyata, seperti tuntutan parametrik di Vietnam, yang mana bayaran terus dikreditkan ke dalam e-dompet pelanggan sekiranya berlaku kelewatan penerbangan, dan Instant Travel Claims di Malaysia, yang mana tuntutan yang diluluskan dibayar serta-merta melalui DuitNow.
Inovasi-Inovasi ini mencerminkan komitmen Tune Protect untuk meletakkan kepantasan, kepastian dan kemudahan sebagai keutamaan dalam pengalaman pelanggan.
“Kami mahu menghapuskan punca kesulitan yang lazim dihadapi pelanggan dalam insurans, dari pembelian hingga tuntutan,” kata How. “Dengan mengutamakan aksesibiiti, kesederhanaan dan ketelusan pada setiap peringkat, kami memperkasa mereka untuk mengawal perjalanan insurans mereka dengan penuh keyakinan.”
Penyelesaian Tersuai untuk Setiap Pasaran
Seiring dengan pengembangan serantaunya, Kumpulan Tune Protect Berhad telah melancarkan penyelesaian inovatif yang disesuaikan dengan keperluan setiap pasaran tempatan. Pelan Universal Travel Insurance Inbound, yang kini tersedia di 20 pasaran di seluruh Asia, menawarkan perlindungan komprehensif kepada pelancong antarabangsa dan domestik, manakala perlindungan Cancel-For-Any-Reason (CFAR) memberikan fleksibiliti kepada pelancong untuk menyesuaikan diri dengan perubahan rancangan.
Penambahbaikan tambahan, termasuk perlindungan yang diperluas untuk pelancong warga emas dan penumpang kapal persiaran, turut menunjukkan komitmen Kumpulan Tune Protect Berhad untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.

Selain pelancongan, Tune Protect telah meneroka perlindungan acara melalui Ticket Refund Insurance dan Sports PA, yang pertama kali dilancarkan di Malaysia dan kini berkembang di seluruh Asia Tenggara melalui kerjasama dengan beberapa platform tiket serantau yang terkenal.
Dengan memperkenalkan penyelesaian inovatif seperti ini, Tune Protect terus mentakrifkan semula perlindungan, memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman tanpa kebimbangan, sama ada ketika melancong atau menghadiri acara.
Menyampaikan Hasil di Tempat yang Penting
Pengalaman pelanggan kekal menjadi asas kepada pertumbuhan Tune Protect. Kumpulan Tune Protect Berhad baru-baru ini mencapai Skor Promoter Bersih Pelanggan (NPS) sebanyak 41%, mengatasi penanda aras industri sebanyak 35%.
“Ini merupakan pengiktirafan yang kukuh daripada pelanggan kami,” kata How. “Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja menghargai pengalaman digital yang lancar yang kami bina, malah juga berkemungkinan akan mengesyorkan kami kepada orang lain. Ini merupakan pengesahan bahawa tumpuan kami terhadap inovasi yang mengutamakan pelanggan memberikan hasil yang sebenar.”
Melangkah Ke Hadapan: Pertumbuhan Menyeluruh dan Mendalam
Melangkah ke hadapan, Tune Protect sedang memberi tumpuan kepada pengembangan dan pemerkasaan. Kumpulan Tune Protect Berhad merancang untuk meluaskan rangkaian perkhidmatannya melebihi 34 pasaran yang kini disertainya, sambil memperkukuh nilai yang disampaikan kepada rakan kongsi dan pelanggan melalui penyelesaian berasaskan teknologi.
Sokongan sehenti dalam teknologi dan insurans terus membantu rakan kongsi meningkatkan kecekapan, kepantasan ke pasaran dan inovasi.
Bagi pelanggan, fokus utama kekal pada usaha menjadikan perlindungan lebih mudah, lebih bijak dan lebih mudah diakses. Ini termasuk menambah baik kemudahan melalui portal One-Claim serta memperluas perkhidmatan bernilai tambah seperti e-SIM, notifikasi penerbangan masa nyata, penjejakan bagasi, khidmat angkut lapangan terbang dan Fast Track.
Melalui inisiatif-inisiatif ini, Tune Protect terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju Insurtek serantau, yang memartabatkan kesederhanaan, kesalinghubungan dan pemerkasaan pelanggan di seluruh ekosistem Tune Protect. - DagangNews.com








