TopVision meterai perjanjian taja jamin dengan Hong Leong Investment Bank, bakal disenaraikan di Pasaran ACE | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TopVision meterai perjanjian taja jamin dengan Hong Leong Investment Bank, bakal disenaraikan di Pasaran ACE

(Dari kiri) (Dari kiri) Naib Pengerusi Eksekutif TopVision, Datuk Kenny Liew Hock Nean dan Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank, Lee Jim Leng
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 29 Okt - TopVision Eye Specialist Berhad menandatangani perjanjian taja jamin dengan with Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB) bagi memindahakan penyenaraiannya daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia. 

 

Pelaksanaan pemindahan itu melibatkan terbitan awam permulaan (IPO) lebih 54.22 juta saham, mewakili 17.50% modal sahamnya.

 

TopVision berkata, sejak disenaraikan dalam Pasaran LEAP pada 2018, mereka menyasar untuk mengembangkan kepada 14 pusat jagaan ambulatori (ACC) penubuhan sulungnya di Sabah dan Sarawak.

 

"Hasil daripada IPO itu akan digunakan untuk menubuhkan Pusat Pakar Mata Antarabangsa TopVision dan dua ACC baharu di Kuala Terengganu dan Tawau.

 

"Selain itu, hasil daripada IPO akan digunakan untuk membeli peralatan perubatan baharu dan menampung anggaran perbelanjaan untuk pemindahan penyenaraian syarikat daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Securities," katanya dalam satu kenyataan. 

 

Katanya, tawaran runcit sebanyak 20.29 juta saham terbitan, mewakili 6.55% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan. 

 

"Sejumlah 1.32 juta saham akan diperuntukkan kepada oleh pengarah yang layak, manakala 2.16 juta saham akan diketepikanuntuk permohonan oleh pekerja yang layak. 

 

"Sejumlah 1.33 juta saham adalah untuk permohonan oleh orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan,7.75 juta saham pula untuk permohonan oleh orang ramai Malaysia melalui pengundian yang diperuntukkan sama rata antara Bumiputera dan 7.75 juta saham adalah untuk pemohon bukan Bumiputera," katanya.

 

Naib Pengerusi Eksekutif TopVision, Datuk Kenny Liew Hock Nean berkata, dana yang diperoleh daripada IPO ini akan membolehkan syarikat meningkatkan lagi teknologi perubatan, mengembangkan rangkaian ACC dan terus menyumbang kepada sektor penjagaan mata.

 

"Setelah pertama kali disenaraikan di Pasaran LEAP pada 2018, TopVision berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan dan kami percaya penyenaraian pemindahan ini akan memberikan sumber yang diperlukan yang mampu memanfaat pesakit dan pihak berkepentingan kami," katanya.

 

HLIB ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan pemilik buku tunggal serta menaja jamin 20.29 juta saham IPO.- DagangNews.com