TMK Chemical beli hartanah berharga RM49 juta di Singapura | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TMK Chemical beli hartanah berharga RM49 juta di Singapura

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 13 Mac - TMK Chemical Bhd memperoleh sebidang tanah pegangan pajak dengan kilang berkembar standard di Tuas Street, Singapura, daripada Chin Yuan Metal Pte Ltd pada harga S$14.8 juta (RM49 juta).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, firma produk dan perkhidmatan perindustrian itu berkata cadangan pengambilalihan itu adalah untuk memudahkan TMK dan anak syarikatnya mengembangkan operasi Singapuranya.

 

“Hartanah ini terletak secara strategik di Tuas Avenue, yang berdekatan dengan kemudahan sedia ada Kumpulan TMK di Tuas Avenue, menyediakan kawasan tambahan untuk memenuhi perluasan pergudangan dan perkhidmatan pengedaran di Singapura.

 

"Cadangan pengambilalihan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pertumbuhan Kumpulan TMK."

 

Syarikat itu berkata pengambilalihan itu akan dibiayai melalui gabungan hasil tawaran awam permulaan dan/atau dana yang dijana secara dalaman.

 

“Pecahan tepat dana hanya akan ditentukan pada peringkat kemudian selepas mempertimbangkan tahap penggearan Kumpulan TMK dan keperluan tunai untuk operasi perniagaannya.”

 

Syarikat itu membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Disember 2024. - DagangNews.com